Top Social

YOU DONT HAVE TO BE GREAT TO START, BUT YOU HAVE TO START TO BE GREAT

Set Berpantang Premium Beautiful

|
Assalamualaikum & selamat pagi semua :).

Awak semua dah sarapan ke tu? Jangan skip breakfast ye, barulah ada tenaga nak mulakan kerja seharian. Semoga kita semua bekerja & berniaga dengan ikhlas ye hari ini. Insyaallah rezeki mencurah-curah hari ini.

Ok hari ni saya nak cerita pasal berpantang dengan Premium Beautiful. Perasan sekarang ni ramai dah ibu-ibu yang memilih untuk berbengkung dengan bengkung moden Premium Beautiful ni. Alhamdulillah tahniah buat ibu-ibu yang memilih Premium Beautiful sebagai teman semasa berpantang bagi menggantikan bengkung tradisional.

Nowadays ramai yang berpantang sendiri kan. Ada yang mungkin dah tak ada siapa nak jaga, ibu pula dah tak berapa sihat, ada anak yang dah bersekolah & atas macam-macam sebab lagi. Sebab tu ramai yang pilih untuk berpantang dengan Premium Beautiful. Dalam erti kata lain nak yang mudah sebab boleh buat sendiri. Tapi suka saya nak ingatkan walaupun kita pilih bengkung moden, amalan berpantang secara tradisional jangan di lupakan ye. bukan apa dalam pantang ni lah kita nak pulihkan semula dalaman luaran kita. Dah mengandung 9 bulan banyak sangat perubahan yang kita alami kan. Lepas tu berjuang bersalin pula. Hormon, bentuk badan, tenaga semua tu nak diperbaiki balik dalam pantang ni. Jadi nya saya memang galakkan berpantang lah betul-betul. Kena ingat juga ada anak dan keluarga  yang perlu diberi perhatian. Bayangkan kalau kita tak pulih sepenuhnya,huru hara jadinya.

Sebelum saya cerita lanjut tentang berpantang dengan Premium Beautiful ni, ada satu soalan yang selalu di tanya. Boleh ke ibu yang bersalin secara c-sect ni pakai Premium Beautiful? Semestinya BOLEH. Ibu-ibu yang bersalin c-sect mesti risaukan kalau-kalau tak boleh nak bengkung. Maklumlah luka nya di luar. Saya pun fikir begitu masa bersalin anak pertama dulu. Mau tak risau, nanti perut buncit ni macam mana nak kempis, pinggang & punggung melebar ni macam mana nak kecilkan balik, peha yang bergesel ni macam mana nak bagi ada gap macam dulu, sagging breast ni macam mana nak anjalkan. Eh pendek kata macam-macam lah dalam fikiran masa tu.


Ini dia gambaran perut kita lepas bersalin. Bayangkan kalau tak berbengkung. Nak ke perut tu kekal begitu ? Kalau saya memang tak nak hehe.

Kenapa MESTI berpantang dengan PREMIUM BEAUTIFUL?

1.Sangat praktikal - sangat mudah untuk pakai sendiri. jimat masa dan tenaga.

2.Badan sentiasa hangat & selesa - wajib untuk ibu dalam pantang badan mesti sentiasa warm supaya darah lancar dan proses penyembuhan lebih cepat. Sebab tu orang tua selalu larang pasang kipas kuat-kuat. Aircond lagi la diharamkan dikhuatiri urat kembang.

3.Rahim cepat kecut & tetap kedudukan - rahim kita mengembang masa mengandung sebab tu kena kecutkan balik & kedudukan pun mesti tetap supaya bersedia sepenuhnya untuk kandungan seterusnya.

4.Melancarkan susu badan - FIR yang disulam dalam PB bertindak melancarkan aliran darah seterusnya melancarkan pengeluaran susu badan

5.Mengelakkan masalah bengkak susu

6.Berat badan lebih mudah& cepat turun - pakai setiap hari selama 8 jam insyaallah hasilnya meletop!

7.Bentuk badan lebih kemas & seimbang - bentuk badan akan lebih kemas tanpa lemak terkeluar sana sini & lebih seimbang dari atas ke bawah. Jadi tiada masalah bawah lebar atas kecil atau sebaliknya.

8.Membantu mengeluarkan angin dalam badan - berebut angin keluar bila sarung PB tau. mesti rasa lega. Tak la bloated & tak selesa.

9.Badan lebih cergas

10.Mengempiskan perut &mengecilkan pinggul yang melebar - ini yang paling ibu-ibu mahu :)

11.Membantu melancarkan sistem pelawasan

12.Menyokong payudara,tulang belakang & pinggang - sakit pinggang akan berkurangan & payudara disokong sepenuhnya. Tiada lah kejadian sagging breast lagi.

13.Mengembalikan keanjalan aset & mengetatkan otot-otot yang longgar 

14.Melancarkan pengeluaran darah kotor (nifas) - bila darah nifas lancar, seri muka pun naik. Percayalah.

15.Mengurangkan dan memudarkan strechmark - walaupun makan masa tapi dengan pemakaian Premium Beautiful secara konsisten strechmark akan beransur pudar.

TESTIMONI-TESTIMONI DARI IBU YANG BERPANTANG DENGAN PREMIUM BEAUTIFUL (NORMAL & C-SECT)















Ini pula SET BERPANTANG yang saya cadangkan kepada semua ibu-ibu untuk digandingkan dengan PREMIUM BEAUTIFUL. Untuk Herba Maharani & Bioseleza akan saya kongsikan di entry seterusnya Insyaallah.




Ibu-ibu semua dah faham kenapa perlu berpantang dengan Premium Beautiful lepas tengok sendiri testimoni dari real user ni kan. Jadi jangan lengah lagi. Dapatkan PREMIUM BEAUTIFUL sekarang juga. Para suami pun apa salahnya hadiahkan isteri yang dah susah payah mengandung & bersalinkan zuriat tuan-tuan dengan set berpantang 1st class ni. Insyaallah bukan isteri sahaj yang dapat manfaat,anda juga pasti dapat sama manfaatnya. Tak percaya? Belikanlah isteri-isteri Premium Beautiful <3.

Terus hubungi saya untuk dapatkan HARGA PROMOSI ye.

+6017-2824779
faliha@gmail.com
FB : Nur Faliha Mohd Nizar
IG :  @falihanizar @pakarpbkorset